Desa ini terletak kira-kira 6km dari Pekan Kampung Lalang dan 19km dari Pekan Baling. DesaKeda Ulu Legong adalah sebuah perkampungan penempatan semula yang tersusun di bawah program Pembangunan Kampung Tradisional dan Desa ini merupakan Desa pertama yang dibinadi zon V (Baling) ini.
Desa ini mula dubina pada tahun 1985 dan pada masa itu masih lagi terdapat komunis yang mengancam penduduk setempat. Tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan dengan mengumpul semula penduduk bagi mengelak ancaman pihak komunis . Selaras dengan penubuhan KEDA maka wujudlah penempatan ini.
Penduduk Desa Keda Ulu Legong 95% adalah terdiri daripada penduduk asal di kawasan ini.
Desa ini telah banyak mendapat pengiktirafan dan telah banyak memenangi pertandingan desa tercantik. Ini terbukti apabia DESA KEDA ULU LEGONG ini telah memenangi :
- Johan tiga kali Pertandingan desa tercantik peringkat daerah Baling Kedah pada tahun 90an, 2006 dan 2009.
- Tempat kedua pertandingan desa tercantik peringkat negeri Kedah pada tahun 2007.
- Naib Johan PERINGKAT KEBANGSAAN pertandingan Sungai Angkat pada tahun 2002.
- Johan Unit Peladang Jaya Peringkat Negeri.
- Johan Koperasi Wibawa peringkat Negeri Kedah.
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI DESA KEDA ULU LEGONG
Terdapat banyak tempat-tempat menarik di DESA KEDA ULU LEGONG INI. Antaranya Kolam Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Sungai Angkat Desa Keda Ulu Legong, Air Terjun Lata Gading dan Air Terjun Lata Parit dan penempatan Orang Asli. Perkhidmatan Homestay juga terdapat di desa ini.
Kolam Rekreasi Air Panas Ulu Legong terletak di dalam kawasan Desa Keda Ulu Legong. Kawasan Rekreasi ini berada di tengah-tengah kampung (Desa Keda Ulu Legong.
Sungai Angkat Desa Keda Ulu Legong pula hanyalah 400m dari desa keda ini. Pemandangan dan suasana yang sungguh memukau dan menenangkan terbukti dengan kemenangan (naib johan) peringkat kebangsaan.
Untuk Pergi ke Air Terjun Lata Gading dan Air Terjun Lata Parit adalah dengan melalui denai sambil menghirup udara segar Hutan Simpan Ulu Muda. Sungai Angkat Desa Keda Ulu Legong adalah air yang mengalir dari Air Terjun Lata Gading dan Air Terjun Lata Parit. Sungai ini adalah antara sungai yang tidak tercemar dan di bawah penjagaan rapi oleh penduduk Desa Keda Ulu Legong sendiri.
PERKHIDMATAN HOMESTAY di Desa Keda Ulu Legong ini pula disediakan oleh penduduk desa keda ulu legong sendiri. Pengunjung boleh bermalam di bilik penginapan yang disediakan penduduk dan harga yang diberikan amatlah berpatutan.
HOMESTAY DESA KEDA ULU LEGONG
SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI :EN. MOHD AKHIR 0195088258
SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI :EN. MOHD AKHIR 0195088258
Pakej
Bil. | Nama | Harga (per peserta) | Bil. Peserta (minimum) | Tempoh | ||
1. | Ulu Legong Hotspring
| RM4 | 1 orang | 0 Hari | ||
2. | Lawatan ke Kolam Penternakan Udang Galah
| RM3 | 1 orang | 1 Hari | ||
3. | Ekspedisi mendaki Gunung Baling
| RM15 | 0 orang | 0 Hari | ||
4. | Lawatan ke Perkampungan Orang Asli
| RM2 | 0 orang | 0 Hari | ||
5. | Bermandi di Sungai Angkat
| RM2 | 0 orang | 0 Hari | ||
6. | Projek Ternakan Cacing
| RM2 | 0 orang | 0 Hari | ||
7. | Jungle Tracking
| RM3 | 0 orang | 0 Hari | ||
8. | Sukaneka Rakyat
| RM4 | 0 orang | 0 Hari | ||
9. | Kumpulan Nasyid
| RM2 | 0 orang | 0 Hari | ||
10. | Dikir Tani
| RM2 | 0 orang | 0 Hari | ||
11. | Sewang Orang Asli
| RM2 | 0 orang | 0 Hari | ||
12. | Persembahan Kanak-kanak
| RM2 | 0 orang | 0 Hari | ||
13. | Persembahan Gendang Silat
| RM3 | 0 orang | 0 Hari | ||
14. | Pakej Bermusim - Semalam dalam dusun
| RM15 | 0 orang | 0 Hari | ||
15. | Pakej Bermusim - Sepetang dalam dusun
| RM10 | 0 orang | 0 Hari | ||
16. | Pakej Bermusim - Melawat Madu Tualang
| RM5 | 0 orang | 0 Hari |